Monday, January 31, 2011

Soalan-soalan yg selalu ditanya oleh bakal pengantin



Siapakah yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan?
Orang yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ini hanya orang yang pernah berkahwin (duda/berpoligami), seorang bujang yang telah berusia melebihi 40 tahun dan individu yang cacat anggota tertentu.

Bagaimanakah seorang pemohon dapat mengenali Penolong Pendaftar Nikah yang perlu ditemuinya untuk mendapatkan sokongan untuk bernikah?
Pemohon hendaklah merujuk ke qariah masjid yang tempat dia tinggal / mengikut alamat dalam kad pengenalan beliau.

Adakah pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia?
Ya, pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia, asalkan ia diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri di mana kursus itu dianjurkan.

Di manakah pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah?
Pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah di Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan tempat tinggal beliau atau boleh download terus di sini.

Bilakah masa yang sesuai untuk seorang lelaki membuat permohonan nikah di Pejabat Agama Islam Daerah?
Permohonan tersebut boleh dibuat dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah dilaksanakan.

Perlukah setiap pasangan yang akan menjalankan Majlis Ijab-Qabul di Negeri Selangor menjalani ujian darah/ HIV ?
Setiap pasangan yang akan melaksanakan Majlis Ijab-Qabul dalam Negeri Selangor DIWAJIBKAN menjalani pemeriksaan ujian darah / HIV di klinik kesihatan kecil KERAJAAN yang terpilih sahaja.

Wednesday, January 26, 2011

CINTA BRIDAL!

Semalam, CINTA BRIDAL msg aku.. pic tunang da siap!!! harap gambar canteekk la..

churros!



hari ni aku buat churros!! cedap habaq hang...hehe.. x susah pon nak wat churros ni.. yummy!! dpt resepi dr kak ly.. kak ly ni slalu masak yg best2 tuk family dia.. terliur je bila dia tag gmbr mknn tu.. hehe.. apepun jemput makan!! (^_^)

Wednesday, January 19, 2011

Pegi kursus kawen

Orait, date nak pegi kursus kahwin da settle.. so bulan feb ni aku n am nak g kursus kawen under JAKIM.. bestnye, tercapai juga impian nak pegi bersama bakal suami..hehe.. (^_^) am kata dia pon xpenah lg pergi kursus kawin sebelum ni.. apekah soklan2 yg menarik nak ditanya kepada ustaz ye?? em, kena pk dari sekarang... :P

Monday, January 17, 2011

Happy Birthday Aina

Happy Birthday to my beloved sister Nurul Aina Mohamad. Sweet 23rd. Kamu sudah besar.. semoga segala impian kamu tercapai.. Kami semua sayang pada kamu Aina.. :)

Ambank


hari ini aku dapat call dari AMBANK.. Alhamdulillah, sujud syukur aku kepadaMu.. Aku da dpt keje baru.. seronok sgt.. aku harap tahun ni, semuanya akan lebih baik dan stabil.. azam tahun ni nak dapat keje tetap (ambank contract 6 bulan dulu) dan nak kawen!! hehe.. so, rabu ni aku kena g HQ Ambank kat Jln Yap Kwen Seng nak amik offer letter dan nak buat medical check up skali hari tu.. semoga semua berjalan lancar.. Amin.. (^_^)

Bahagia

Orang yang bahagia sentiasa mudah apabila hendak tidur dan dia boleh tidur dengan lena dan bangkit dengan bersemangat! :)

Membina hati bahagia

Bercintalah dan berkahwinlah tetapi kalau ia meruntuhkan rumahtangga orang lain dan mengakibatkan anak-anak kedua belah pihak merana, itu bukanlah yang dikehendaki oleh agama.

Cinta

Perkataan cinta memang mudah dan indah disebut,
tapi tak usahlah mempermainkan perkataan ini,
jika tersembunyi niat-niat yang tidak baik di
hati anda terhadap pasangan anda....

muhasabah diri..

Saturday, January 15, 2011

Teruk!

Geram dengan org yg xreti bahasa!! tension betul.. masih xfaham2.. xnampak ke ape.. sengal betul... hurgggghhh!!

Friday, January 14, 2011

:)

Usaha Doa Tawakal.

Tip memikat lelaki idaman

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9. Jangan terlalu mengongkong.
10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.
13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
25. Mengetahui bila hari lahirnya.
26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28. Agresif.
29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
30. Jangan terlalu bersikap 'kelakian' dan ganas dalam pergaulan.
31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan 'perfect'.
32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan
gaya langkah kamu yang kemas.
40. Jangan bersikap terlalu kuno.
41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu

Blogku

tahun ni xberape nak post cite kat blog.. aku terkilan, sebab blog yg lame sudah delete.. byk cite yg aku kongsi. cedih sume xde da...huhuhuhu~

Pertunangan kami

Alhamdullilah, majlis berjalan dengan lancar. dengan harapan, kami lebih menyayangi dan memahai selepas ni. biar pun banyak dugaan yg akan ditempuh.. Ya Allah, berkatilah pasangan hambamu ini.. Amin...

^_^

Cincin disarungkan di jari manisku.....

Abg pun pakai cincin tunang juge.. ;)

Canteeek tak? :)

Our engagement day

Date: 1 Jan 2011
Event: Our engagement day.. ^_^

Banyak betul dugaan masa nak buat persiapan pertunangan ni.. xtau nak cerita yg mane satu.. semua masalah ni byk la berpunca dr bridal tu.. tension aku.. huhu.. dari segi pelamin, baju, fotoshot, mak andam semua x betul.. cm hampeh sgt.. ade pulak kita kena ikut ape yg dia nak.. bukan ape yg kita nak.. da lama pelamin x ikut tema..aku nak pink n purple.. dia buat purple je.. am marah gler.. call bridal 2 3 kali tp ade ke patut dia marah kite. xde kat kedai, balik kg.. lngsung xnak provide ape yg kite nak.. nak tambah spotlight pun xbole, bantal xde.. bunga sikit gler.. huhu..last2 aku g la kedai bridal lain tuk sewa benda tu.. thanx to fara sebab byk tolong aku.. hari yg bahagia pun ade juga masalah! mak andam suke hati nak dtg lmbt tuk make up..huhu.. gler! padan muka kena marah ngan mami.. solek 30 min je aritu.. seb baik la lawa juge.. pastu dia blah je.. xjmah pun kuih yg kitorg hidang.. berlagak sgt! menyampah aku.. apepun jgn la amik bridal ni.. nama bridal ni CINTA BRIDAL!! xmau recommend kat sesape pun.. sekrg tunggu gmbr je la................ hope ok la pic tu.. huhu~